PBAKL KL 2024 : Balai Seni Negara buka reruai, tawar diskaun menarik

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara (BSN) menjemput orang ramai ke Pesta Buku Antarabangsa 2024 (PBAKL 2024) sambil berkunjung ke reruainya di TL25 dan TL26, Aras 2, Dewan Tun Dr. Ismail (Aras 2), Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).

Ketua Unit Komunikasi Korporat, BSN Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Mohd Zuriyadi Sarpin, berkata, sempena PBAKL 2024 yang sedang berlangsung sehingga 2 Jun ini, pihaknya membawa lebih naskhah 100 buah buku terbitan BSN khas buat peminat seni visual.

Beliau berkata, buku-buku ini meliputi pelbagai penulisan menarik oleh pakar rujuk seni mengenai pameran-pameran yang dianjurkan di galeri BSN.

“Menariknya, BSN turut mengadakan jualan buku secara kombo dengan tawaran harga yang istimewa.

“Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan barangan cenderamata eksklusif BSN dengan diskaun yang menarik,” katanya.

Menurutnya, antara cenderamata yang terdapat di reruai BSN adalah tote bag, NAG mug, lanyard, topi NAG, buku catatan, poster pameran seni dan lain-lain.

Jualan buku secara kombo khas buat peminat seni visual dengan tawaran harga istimewa di reruai Balai Seni Negara TL25 TL26 PBAKL 2024 WTCKL Foto UKK BSN LPSVN

Selain jualan buku dan cenderamata, pihaknya turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif sepanjang penganjuran PBAKL 2024.

Antaranya Bookmark Printmaking, Pandai Khat, Pouch Bag Painting, Creative Button Badge dan Foam Clay Magnetic, penyertaannya adalah secara percuma.

Pihaknya turut menganjurkan sesi ‘Temu & Ramah’ bersama Dr. Jalaini Abu Hassan pada 29 Mei ini manakala ‘Penampilan Istimewa & Live Drawing’ bersama Amron Omar pada 1 Jun ini .

“Justeru, orang ramai dijemput berkunjung ke reruainya di sini dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku, cenderamata eksklusif BSN serta menyertai aktiviti interaktif yang dianjurkan.

“Untuk maklumat lanjut mengenai jadual aktiviti, ikuti di laman media sosial rasmi Balai Seni Negara,” ujarnya. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat