Malaysia kini amal kebebasan tidak bersuara? – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sarkastik mendakwa Malaysia kini sudah jadi contoh demokrasi di mana mulut rakyat diberi kebebasan menutup.

Menurut beliau, antara kebebasan yang terdapat di Malaysia ialah kebebasan tidak bersuara.

“Kebebasan ini membolehkan mulut ditutup melainkan waktu makan.

“Tidak bersuara menjadi hak istimewa rakyat Malaysia. Ia menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, keamanan negara,” sindir beliau di aplikasi X pada Selasa.

Justeru kata beliau, jika undang-undang tercabul, rakyat berhak tidak menegur.

“Jika tekanan dilakukan rakyat berhak tidak menyuarakannya.

“Jika ketidakadilan berlaku hak rakyat ialah menutup mulut supaya negara stabil dan aman.

“Jika tuduhan yang tidak berasas dilafaz rakyat berhak tidak mempertahan diri,” ujar Dr Mahathir lagi.

Satu lagi cara rakyat bebas ialah dengan mengada tuduhan ke atas rakyat dibicara secara tertutup, katanya.

“Rakyat bebas tidak bersuara tentang perbicaraan atau perbincangan yang dilakukan secara rahsia.

“Dengan tidak membantah perbicaraan secara rahsia kes-kes, keadilan akan tercapai dan Negara terus aman dan makmur.

“Sesungguhnya Malaysia sudah jadi contoh demokrasi di mana mulut rakyat diberi kebebasan menutup,” tempelak beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat