1,588 Jemaah haji Pahang terima sumbangan RM750 – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri memberi sumbangan wang tunai RM750 kepada setiap jemaah haji menerusi Program Barakah Haji Pahang.

Kata Wan Rosdy, ianya sebagai tanda kerajaan negeri mengsyukuri serta meraikan jemaah haji negeri ini.

Jelas Wan Rosdy, seramai 1,588 jemaah haji akan menerima sumbangan RM750 dan pek makanan Juadah Makmur Jemaah Haji ‘ready to eat’ yang disediakan khas oleh Kerajaan Negeri sebagai bekalan untuk jemaah haji ketika berada di tanah suci.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk bertemu dengan 1,588 orang jemaah haji negeri Pahang yang akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan Rukun Islam Kelima dalam Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Bantuan Haji Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1445H/2024M di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, sebentar tadi.

”Sudah pastinya rasa turut menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT apabila melihat wajah cerita mereka yang dijemput menjadi tetamu Allah.

”Dalam majlis itu saya turut mengagihkan sumbangan Kerajaan Negeri berupa wang tunai RM750 serta pek makanan Juadah Makmur Jemaah Haji ‘ready to eat’ yang disediakan khas oleh Kerajaan Negeri sebagai bekalan untuk jemaah haji ketika berada di tanah suci,” kata Wan Rosdy.

Sementara itu, kata Wan Rosdy lagi, memandangkan program Bantuan Haji Negeri Pahang Darul Makmur terlalu istimewa, beliau telah menjenamakannya sebagai Barakah Haji Pahang sebagai tanda kerajaan negeri mensyukuri serta meraikan jemaah haji negeri ini.

“Saya mohon agar jemaah haji dapat mendoakan juga kami menjadi tetamu Allah pada masa depan serta mendoakan negeri Pahang terus aman, makmur dan sejahtera serta dijauhi segala perkara-perkara yang tidak diingini.

“Saya juga doakan semoga jemaah haji dikurniakan kesihatan baik yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan ibadah seterusnya mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah,” ujarnya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat