Hina agama Hindu, Zamri Vinoth direman 2 hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Kangar memerintahkan penceramah dan pendakwah bebas Zamri Vinoth direman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghina agama Hindu.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan tempoh reman dua hari bermula hari ini hingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak polis.

Menurut peguam, Zuhair Mohd. Zakuan, beliau mengetuai sembilan barisan peguam lain mewakili suspek untuk kes melibatkan pendakwah selebriti tersebut.

“Pihak polis awalnya memohon empat hari untuk perintah reman namun peguam membantah permohonan tersebut.

“Mahkamah kemudiannya membuat keputusan hanya dua hari sahaja tempoh tahanan reman dibenarkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Zamri meninggalkan Kompleks Mahkamah Kangar lapor Kosmo pada Jumaat

Tambah Zuhair, polis menyiasat kes melibatkan pendakwah tersebut di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat