Kadar mas kahwin di Pahang RM100 – Sultan Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah, kadar mas kahwin di Pahang ditetapkan RM100 berbanding RM22.50 sebelum ini.

Titah baginda, penetapan kadar mas kahwin ini adalah berdasarkan Seksyen 21 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005.

“Kadar ini telah lama diamalkan bermula sejak tahun 1900 lagi dan sudah tentu terdapat perbezaan nilai dan faedah yang ketara berbanding masa sekarang.

“Maka hari ini, saya dengan ini memperkenankan pindaan kadar mas kahwin di Negeri Pahang iaitu bermula dengan kadar RM100.

“Kadar baharu ini lebih munasabah dan sesuai dengan kadar ekonomi semasa. Namun penentuan kadar maksimum tertakluk kepada kemampuan dan persetujuan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Kerajaan pun dah lulus,” titah baginda pada Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah serta Merasmikan Masjid Alor Akar di Masjid Baharu Alor Akar, pada Khamis, memetik Pahang Media.

Mengiringi keberangkatan baginda, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaacob; Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin; barisan Exco Kerajaan Pahang; pemimpin setempat; dan ketua-ketua jabatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat