‘Delivery system’ bekalan beras putih tempatan gagal – Syed Abu Hussin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kesal dengan kaedah sistem penyampaian (delivery system) bekalan beras putih tempatan (BPT) di negara yang dilihat gagal.

Beliau dan pasukan yang turun padang membuat tinjauan mendapati bekalan makanan ruji itu masih sukar diperoleh walaupun selepas lapan hari kerajaan membuat pengumuman insiatif bagi mengatasi isu tersebut.

Katanya ini sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberadaan 140,000 tan BPT, bersamaan 14 juta kampit beras yang sepatutnya sedia diedarkan di pasaraya seluruh negara.

“Beras putih import (BPI) tak ada masalah memang sentiasa ada. Jadi ini menghairankan kita, padahal beras putih tempatan sepatutnya 60 peratus, beras putih import 40 peratus tetapi sampai hari ini menerusi tinjauan tidak ada BPT,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media di kediamannya semalam.

Sebelum ini Mesyuarat NACCOL Bil 1/2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu kekurangan beras di pasaran.

Antara tindakan itu ialah kerajaan mengarahkan semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, beliau juga telah menghantar laporan kepada Perdana Menteri berhubung isu ketiadaan BPT ini bagi tindakan selanjutnya.

Beliau turut meminta Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras agar bertanggungjawab terhadap perkara itu dengan menjelaskan keberadaan BPT tersebut, bagi mengelakkan Perdana Menteri daripada terus menerus dipersalahkan rakyat.

“Perdana Menteri sangat concern terhadap rakyat, beliau sendiri ambil tindakan segera padahal beras ini boleh sahaja diselesaikan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras. Rakyat mesti dijelaskan mengenai perkara ini, sekarang hak mereka dinodai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat