“Kerajaan Ini Paling Tak Stabil Di Seluruh Dunia” – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui kali pertama politik negara berada dalam keadaan amat tidak stabil.

Ujarnya,kerajaan ini adalah yang paling tidak stabil dalam seluruh dunia.

Tegas Ahmad, pimpinannya sentiasa membilang sokongan Ahli Parlimen hampir pada setiap hari khuatir ada mereka yang menarik diri.

“Kali pertama darurat diisytiharkan di negara ini atas sebab kesihatan.

” Namun Yang di-Pertuan Agong telah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang tetapi sidang Parlimen masih belum juga diadakan,” katanya di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di PWTC, hari ini.

Meskipun berdepan badai politik, Ahmad melaporkan bahawa walau dalam keadaan sukar begini, keahlian baru UMNO telah bertambah seramai 127,214 orang sejak 9 Mei 2018 hingga 26 Mac 2021.

Kata beliau, UMNO perlu bersiap untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) tidak kira bila ianya akan diadakan.

“Biasanya lepas tiga tahun daripada tarikh satu-satu pilihanraya, parti mesti menumpukan perhatian untuk satu lagi pilihanraya.

“Tarikh tiga tahun ini hanya sebulan sebelas hari sahaja lagi iaitu pada 9 Mei 2021.

“Pengerusi Biro Latihan di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Biro Naziran di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Jawatankuasa Manifesto di bawah Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman, semuanya sudah memulakan tanggungjawab gerak kerja di bawah mereka,” ujarnya.

Ahmad berbesar hati dengan sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti.

” Sehubungan itu dilaporkan jumlah ahli UMNO terkini ialah seramai 3,359,368 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 21,883 cawangan di 191 Bahagian.

“Ini menjadikan UMNO masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.

“Berikut rekod negeri yang mempunyai bilangan ahli teramai didahului Sabah – 583,979 ahli, diikuti Johor – 451,778 ahli dan Selangor – 421,899 ahli, Kedah – 300,589 ahli,” katanya.

Kata beliau apa yang penting, selain ahli mesti ramai, negeri itu juga UMNO yang perintah.

Ahmad turut menyeru ahli dan pimpinan UMNO e aktif di media sosial, untuk memerangi mana-mana berita palsu dan menyebarkan berita yang mempunyai aura positif tentang UMNO. Penerangan BNComms dan PUMAS semakin menyerlah di persada maya.

“Kita sebagai ahli UMNO harus bertindak sebagai cyber-troopers yang aktif memandangkan pada PRU-15 ini, penglibatan media sosial akan mengambil tempat utama berbanding media tradisional.

“Usaha 16 orang bekas ahli UMNO dengan pihak tertentu di belakang mereka untuk mengharamkan UMNO di mahkamah telah gagal. Syukur Alhamdulillah, parti keramat ini tetap terpelihara.

“Bak kata satu ungkapan – Jika Pelan A tidak menjadi, jangan kecewa. Ada 25 lagi huruf dalam abjad, Pelan B hinggalah Pelan Z,” kata Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu.

Justeru kata Ahmad bermula hari ini, beliau menyeru UMNO berpadu untuk bersama bagi meneruskan khidmat yg sudah biasa kita lakukan iaitu mendekati rakyat, merasai denyut nadi rakyat bagi membela untung nasib rakyat.

“Bermula hari ini, mari kita berpadu untuk bersama bagi memantapkan asas dan tujuan UMNO dalam perlembagaan yang baru dilulus ROS pada Januari 2021, bagi memajukan rakyat di seluruh negara.

“Fasal 3 asas dan tujuan dalam Perlembagaan UMNO yang baru dipinda sangatlah mulia dan inklusif yang berbunyi “UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan orang Asli serta Perpaduan Malaysia demi Kemakmuran dan kestabilan Negara.”

“Kita berjuang untuk ABATA, Agama, Bangsa dan Tanah Air. Selepas ini bersama kita mengikuti dan meneliti ucapan Dasar Presiden, yang pastinya menggariskan hala tuju besar haluan perjuangan bagi mendepani cabaran yang mendatang,” kata beliau.
//

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat