Hapus Warlord Tips ‘Total Overhaul’ UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika benar UMNO benar-benar mahu berubah jalan terbaik yang wajar dilakukan untuk pembaikan politik adalah dengan membersih dan membuang imej parti feudal ‘warlord’ dalam UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, gaya kepimpinan UMNO sangat sinonim dengan imej feudal yakni sekian lama dikuasai oleh kelompok, kumpulan atau kartel tertentu.

“Imej demikian memberi mesej kepada khalayak bahawa mobiliti-kepimpinan adalah sangat rigid dalam konteks UMNO.

“Situasi ini jika tidak dilakukan pembaikan, bakal menjauhkan generasi muda untuk mendekati UMNO apatah lagi untuk mereka memberi undi kepada kita,” ujar Zakaria dalam satu kenyataan media.

Tips kedua yang dicadangkan beliau ialah UMNO pembaikan struktural yang bersifat pembetulan yang menyeluruh (total overhaul) dalam konteks kepimpinan dan gaya kepimpinan yang ada dalam parti UMNO itu sendiri.

Kata Zakaria, kepimpinan yang UMNO ada masa kini dilihat dan dipersepsikan oleh khalayak banyak bangsa Melayu sebagai sebuah bentuk kepimpinan yang punya liabiliti dan imej negatif kepada kelangsungan UMNO untuk berhadapan dengan cabaran PRU-15 akan datang.

“Pernyataan saya ini bukan bersifat membawang atau disandarkan kepada gosip-gosip liar media-sosial; ianya merupakan sebuah pernyataan yang dirangkum dari sebuah pemerhatian yang ilmiah sejak enam bulan yang lalu.

“Maka, proses pembaikan politik yang segera perlu dilakukan oleh UMNO adalah dengan mengambil ketetapan dan tindakan rasmi untuk menyahkan mana-mana pemimpin yang punya liabiliti kepada proses pembaikian politik tersebut pada setiap strata lapisan kepimpinan UMNO,” tegasnya.

Kata Zakaria lagi, dua bentuk pembaikan politik yang beliau nyatakan ini adalah bersifat sesegera dan secepat mahu yang mesti dilakukan oleh UMNO.

” Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana kedua-dua “kejulingan” tersebut merupakan “kejulingan” struktural yang menghambat dan menghalang sebarang bentuk usaha UMNO pasca PAU 2020 untuk melangkah dengan baris yang “sederap” dalam usaha memperkemaskan UMNO selaku sebuah pasukan yang mantap dan berwibawa bagi menhadapi saingan politik lawan pada PRU15 yang akan datang.

“Sehinggalah kita menunjukkan iltizam politik (political will) yang tinggi dengan nada yang bukan retorik untuk memperbetul struktur dalaman kepimpinan kita sendiri (UMNO); adalah suatu yang usaha yang sia-sia untuk bercakap dan berkokok tentang aspek kerusi kita adalah kerusi kita dan kita tidak akan berkompromi.

“Perubahan dan pembetulan struktural inilah yang diinginkan khalayak untuk dilihat wujud dalam UMNO sebelum PRU-15,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat