Kita tak ada tongkat Nabi Musa, kasut Cinderella untuk atasi kejatuhan ringgit akui MP PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengakui sukar untuk kerajaan mengatasi isu kejatuhan nilai ringgit dengan segera.

Namun Ketua Penerangan PAS itu menjelaskan kritikan terhadap Kerajaan Persekutuan kerana janji dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Saya setuju mana-mana jadi kerajaan isu ringgit ini tidak boleh nak baiki secara semalaman. Kita bukan ada kasut ‘Cinderella’ untuk berubah sekelip mata.

“Kita bukan ada tongkat Nabi Musa untuk membelah laut. Betul…tetapi persoalan kita hadapi kini berdepan dengan seorang perdana menteri yang sebelum ini menjanjikan macam-macam pada rakyat,” katanya dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu lapor FMT.

Ahli Parlimen Pasir Mas ity turut menolak hujah Anwar, Ahad lalu yang menyatakan bukan hanya nilai ringgit jatuh kerana mata wang Jepun (yen), China (renminbi) dan negara Asean lain juga mengalami penurunan.

Mengakui kejatuhan mata wang Jepun dan China itu, Fadhli bagaimanapun menegaskan nilainya masih sama ketika Anwar berkempen sebagai pembangkang pada PRU15.

“Hari ini RM1 bersamaan 31.54 Yen. Nilai ini sama sahaja pada 21 Oktober 2022 iaitu RM1 bersamaan 31.52 Yen.

“Mata wang China atau Yuan hari ini, RM1 bersamaan 1.51 Yuan. Pada 21 OKtober 2022 nilai RM1 bersamaan 1.55 Yuan. Maknanya tidak banyak berubah,” katanya.

Fadhli turut membidas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sebelum ini menyerang bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu ringgit.

“Dulu Menteri Ekonomi (Rafizi) menyatakan untuk pastikan ringgit tak jatuh, jangan ikat ringgit tapi ikat Najib.

“Sekarang saya nak tanya, siapa yang nak kena ikat sekarang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat