PM harap pengasas Grab jadi pendorong anak Malaysia cebur bidang usahawan teknologi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Grab disaran mengembangkan model perniagaan dalam usaha membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan.

Dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dengan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc., Anthony Tan pagi tadi telah dibentangkan potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia.

“Pagi tadi terima kunjungan hormat Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc., Anthony Tan seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.

“Anthony adalah usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat. Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak USD 12.34 bilion,” kata Perdana Menteri.

Dalam pertemuan itu Anwar telah dibentangkan potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia.

Katanya, ini terkait dengan perniagaan seperti Grab dan Jaya Grocer.

“Selain itu, pengoperasian GX Bank dijangka akan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh 5 tahun akan datang.

“Kami juga membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang turut membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia dalam meningkatkan peluang menjana pendapatan.

“Semoga kecekalan Anthony menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi,” ujar Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat