Tak pertanding jawatan tertinggi, jauhkan Umno daripada sokongan rakyat – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengambil kira suasana politik semasa khususnya dalaman Umno pada hari ini, saya mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tidak bertanding apa-apa jawatan tertinggi parti di peringkat Pusat.

Bagaimanapun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Bera.

“Saya tetap dengan pendirian bahawa semua jawatan dalam parti perlu dipertandingkan
selaras dengan perlembagaan dan idealisme Umno.

“Tindakan menyekat pemilihan jawatan tertinggi dalam parti memperlihatkan Umno sebagai tidak demokratik dan menjauhkan parti daripada sokongan rakyat khususnya golongan muda,” bidas bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan pada Selasa.

Secara peribadi, Ismail Sabri melihat Umno perlu memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin baru yang kompeten, dengan idea yang lebih segar untuk mengisi saf kepemimpinan tertinggi parti.

“Dalam usaha menjadikan Umno sebagai parti yang terus releven, parti keramat ini memerlukan idea-idea baharu yang progresif untuk menarik kembali sokongan rakyat demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta,” tegas beliau.

Sementara itu, berkait dengan laporan sebuah akhbar media arus perdana yang
menyatakan bahawa beliaunakan bersara sebagai Keta Umno Bahagian Bera, ia adalah
spekulasi ‘nakal’ dan tidak benar sama sekali.

Jelas Ismail Sabri, Setiausaha Umno Bahagian Bera telah memaklumkan bahawa beliau adalah calon tunggal untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Bera.

“Tiada pencalonan lain untuk jawatan tersebut diterima sehingga tamat tempo pencalonan yang ditetapkan pada pukul 5 petang, 26 Februari 2023.

“Bagaimanapun saya menunggu keputusan muktamad daripada Ibu Pejabat Umno
Malaysia mengenai pencalonan jawatan Ketua Umno Bahagian Bera,” jelas beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat