Zahid Nafi Wujud Kem Dalam Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — “Tidak ada kem, satu kem sahaja, kem UMNO Malaysia,” begitu tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Mara Halal Industrial Park, hari ini.

Presiden Umno itu menafikan wujud tiga kem pada pemilihan kali ini iaitu kem yang menyokong beliau, kem yang tidak menyokong dan kem yang berpendirian neutral pada pemilihan Umno 2023.

“Setakat ini, seramai lapan orang disahkan bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO.

“Walaupun kita tahu bahawa Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menarik diri, jumlah yang bertanding tetap lapan orang ya,” katanya.

Beliau turut ditanya sama ada akan memberi sokongan terhadap Datuk Seri Noraini Ahmad untuk jawatan Ketua Wanita UMNO, beliau berkata Noraini dan pencabarnya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil diberi peluang yang sama.

“Saya pergi ke rumah kedua-duanya, rumah Shahrizat dan Noraini. Ini memperlihatkan saya adil dan memberi peluang kepada kedua-duanya,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 93 permohonan diterima setakat ini bagi menduduki jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Dua orang menawarkan diri jawatan Ketua Umno, lima orang jawatan Ketua Pemuda dan enam orang pula sebgai Ketua Puteri.

Disamping itu, 61 permohonan diterima menawarkan diri bertanding bagi jawatan Exco Wanita Umno, 113 jawatan Exco Pemuda dan 42 lagi bakal bertanding Exco Puteri Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat