Dakwa titah Agong disediakan kerajaan, Tuan Ibrahim akui khilaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 disediakan kerajaan.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau memohon maaf sekiranya timbul kekhilafan terhadap dakwaan tersebut ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja minggu lalu.

“Saya sudah memberi penjelasan berhubung kekhilafan berlaku kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul). Saya fikir ini tidak perlu dipanjangkan kerana kita (Dewan Rakyat) banyak isu penting.

“Saya fikir sekiranya timbul kekhilafan, saya mohon maaf dan kita terus kepada agenda lebih penting untuk kepentingan rakyat,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Tuan Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu mendakwa titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 disediakan kerajaan sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan Ahli Parlimen.

Mengulas permohonan maaf itu, Johari berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Ibrahim selepas isu itu dibawa RSN Rayer (PH-Jelutong) yang membangkitkan mengenai Peraturan Dewan 36 (6) iaitu ucapan Tuan Ibrahim membuat sangkaan jahat.

“Inilah semangat yang kita ada. Saya sudah jumpa (Ahli Parlimen) Kubang Kerian. Pemahaman kita berbeza, namun apa disebutkan beliau saya sudah dimaklumkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat