Honor perkenal strategi jenama baharu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengeluar telefon pintar terkemuka, Honor, melancarkan peranti baharu kelas perdana mereka iaitu Honor View40 untuk pasaran China sekali gus memperkenalkan strategi baharu jenama berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Co Ltd, George Zhao berkata, pihaknya akan memperkenalkan beberapa segmen baharu untuk jenama berkenaan sepanjang tahun ini.

Menurutnya, ia termasuk pengenalan siri baharu untuk laptop keluarannya yang mendapat pemproses generasi terkini sesuai dengan keperluan pengguna masa kini.

“Honor juga memperkenalkan slogan baharu iaitu ‘Go Beyond’ sejajar dengan visi syarikat kami untuk pergi dengan lebih jauh dalam segmen produk yang ditawarkan kepada pengguna.

“Kami sangat berterima kasih kepada pengguna yang selama ini menyokong perkembangan jenama berkenaan dan sememangnya kepuasan pengguna adalah objektif utama Honor dalam setiap pengeluaran produk,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.

Honor sebelum ini sudah mengesahkan menjalinkan kerjasama dengan pengeluar pemproses terkemuka iaitu AMD, Intel, MediaTek dan turut memeterai kerjasama dengan Micron Technology dan beberapa syarikat gergasi lain.

Zhao berkata, penghasilan Honor View40 juga memenuhi matlamat syarikat berkenaan apabila teknologi terkini digabungkan untuk menjadi sebuah peranti termaju.

Menyentuh aspek spesifikasi peranti berkenaan, ia menggunakan pemproses MediaTek MT6889Z Dimensity 1000+ dengan binaan 7nm serta dipadankan bersama memori (RAM) 8GB.

Peranti berkenaan menggunakan tetapan tiga lensa iaitu kamera utama berkeupayaan merakam 50 Megapiksel (MP), lensa sudut ultra lebar dengan kapasiti 8MP dan lensa makro 2MP.

Paparan peranti ini menggunakan AMOLED dengan sokongan HDR10 bersama kadar kecerahan pada tahap 800 nits manakala saiz skrin adalah 6.72 inci.

Kapasiti bateri pula 4,000 serta menyokong pengecas pantas 66W dengan pengecas tanpa wayar pantas 50W serta pengecas berbalik 5W.

Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Rose Gold dan Titanium Silver.

Setakat ini, Honor masih belum memaklumkan tarikh pelancaran peranti itu untuk pasaran tempatan dan tanda harga dijangka bermula sekitar RM2,250 untuk variasi storan 128GB.

Spesifikasi

Pemproses: MediaTek MT6889Z Dimensity 1000+ (7nm)

RAM: 8GB

Kamera: 50MP + 8MP + 2MP

Storan: 128GB / 256GB

Bateri: 4,000mAh

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat