Shuk Sahar mengaku silap, lepas rindu jumpa anak-anak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar semalam, bertemu dengan dua anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun untuk melepas rindu.

Dalam video pendek berdurasi satu minit dan 20 saat yang dimuat naik Shuk di Instagram, jelas kelihatan dia sebak sebaik melihat dua anak yang masih kecil berlari ke arahnya. Ketika mendukung dan mencium anak-anaknya, mereka mengakui sangat rindu dan menyayangi bapanya itu.

Tidak tahu berapa lama Shuk tidak bertemu anaknya, namun suasana gembira bercampur sedih jelas kelihatan pada video dimuat naik berkenaan yang menggambarkan kerinduan Shuk pada anak-anak.

Menerusi kapsyen ditulisnya, Shuk mengakui apa yang kini berlaku dalam hidup dan kekuarganya adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesilapan dan kesalahan saya.

“Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh. Apapun, saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya,” katanya.

Rata-rata beribu komen ditulis pada kalangan warganet termasuk, rakan selebriti berharap permasalah Shuk dan isteri dapat diselesaikan. Malah, ramai yang mendoakan semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan Allah.

 

SHUK bersama dengan anak-anaknya. FOTO IG SHUK SAHAR
SHUK bersama dengan anak-anaknya. FOTO IG SHUK SAHAR

 

Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah tular di media sosial berikutan pendedahan berani dibuat Rossalennah yang mendakwa suaminya curang.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik Rossalennah di Instagram, dia mendedahkan Shuk masih lagi menjalin hubungan bersama wanita lain.

Rossalennah juga mendakwa suaminya itu masih mempunyai hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Sebelum ini Shuk pernah dikatakan curang, namun mereka akhirnya berbaik semula.

Pada Isnin lalu juga, pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta merta sebagai penyampai radio stesen itu

Dalam kenyataan dikeluarkan, memberitahu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu peribadi membabitkannya.

Dimaklumkan juga, perkembangan terkini penggantungan sementara perkhidmatan Shuk itu akan diumum Hot FM selepas pihak pengurusan selesai melakuan siasatan dalaman.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat