‘Siapa yang tuduh saya dalang itu ialah penyamun tarbus – Shahidan Kassim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menolak dakwaan bertemu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menjadi ‘dalang’ percubaan untuk membawa BN keluar daripada kerajaan perpaduan.

“Saya ini pejuang bukan dalang. Siapa yang tuduh saya dalang itu ialah penyamun tarbus.

“Saya tak perlu jadi dalang, Yang dalang mereka…orang yang pergi kerjasama dengan DAP itu dalang.

“Jumpa (Zahid) di mana? Tiap hari jumpa, berselisih setiap hari.

“saya tak perlu dalang, kalau saya nak jumpa siapa siapa saya akan ishtiharkan..kalau ada orang tuduh saya dalang, saya nak bagitahu dalang yang besar siapa dia? Saya akan dedahkan satu satu. Jangan bagi saya ke depan beritahu,” katanya semasa sidang parlimen hari ini.

Beliau menegaskan sekiranya ada pertemuan itu beliau tidak akan merahsiakannya dan menjelaskan pihaknya juga sering mengajak BN secara terbuka termasuk dalam ceramah-ceramah yang diadakan.

“Itu kami bersyarah dah, tentang PN nak suruh (BN) keluar kerajaan… itu secara terbuka, nak sembunyikan apa? Semua orang sebut.

“Ucapan nak ajak Umno join kami itu tak berhenti kami cakap. Atas semangat bumiputera Melayu dan Islam kita bersatu.

“Kita ajak bersatu bukan nak bergaduh dengan orang, kita bersatu nak kuat,” katanya semasa sidang media di parlimen hari ini.

Sebelum ini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, terdapat usaha untuk memujuk supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengerusi BN itu mendakwa, sebagai  balasan, parti itu turut ditawarkan jawatan perdana menteri jika bersetuju dengan perancangan tersebut.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat