Najib lega berakhirnya kisah pendakwaan IPIC lebih 6 tahun tanpa dibicara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lega apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan beliau dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

Akaun Facebook Najib pada Rabu berkata, setelah mendengar hujah-hujah kedua-dua pihak, hakim memutuskan beliau menggunakan kuasa yang ada padanya untuk melepas tanpa membebas Najib dan Irwan atas sebab kelewatan melampau pihak pendakwaan dan berakhirnya kisah pendakwaan lebih 6 tahun tanpa kes dibicara walau sehari pun ini.

“Pagi ini, hakim telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib daripada kes IPIC atas sebab kelewatan melampau pihak pendakawaan.

“Segala dana yang dikatakan hilang dari 1MDB adalah selepas ianya dijamin atau dibayar kepada pihak IPIC.

“Ini kronologi bermulanya kisah pendakwaan berkait IPIC ini iaitu bermula 2017, kerajaan masa Najib telah tandatangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC. Kemudian pada 24 Okt 2018 pula, Najib didakwa kes IPIC kononnya menipu kerajaan dengan tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

“Manakala pada 30 Okt 2018, Kerajaan PH1.0 batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dengan alasan perjanjian itu tidak sah sebab Najib telah didakwa dalam mahkamah.

“Pada Nov 2018 pula, Najib pernah beberapa kali minta dalam dan luar Dewan Rakyat agar perjanjian penyelesaian IPIC didedahkan bagi membuktikan kerajaan masa Najib sudah selesaikan kes 1MDB dan IPIC telah berjanji untuk membayar sehingga US$7.5 bilion (RM35bilion) kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020. Bagaimanapun Kerajaan PH1.0 enggan dedahkan dokumen perjanjian penyelesaian IPIC dengan alasan kes di mahkamah dan dokumen itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia,” katanya.

Seterusnya, dimaklumkan pada 27 Feb 2023, IPIC bersetuju membayar US$1.8 bilion kepada 1MDB sebagai ganti rugi dan walaupun jumlah itu jauh lebih rendah berbanding US$7.5 bilion yang dituntut bawah perjanjian penyelesaian asal yang dibatalkan PH1.0, ianya membuktikan bahawa IPIC mengaku mereka bersalah dan mereka patut bayar ganti rugi kepada Malaysia.

Ujarnya, ianya membuktikan bahawa Najib tak tipu kerajaan dan perjanjian penyelesaian itu adalah patut.

“Jadi, pada 30 Julai 2023 (4 tahun 9 bulan sejak didakwa) – setelah ditangguh lebih 30 kali oleh pihak pendakwaan tanpa kes pernah dibicara, Najib tulis surat representasi kepada pejabat peguam negara agar kes IPIC digugurkan sebab sudah terlalu lama dan terlalu banyak kali perbicaraan ditangguh pihak pendakwaan.

“Pada 9 Ogos 2023, pihak pendakwaan mohon kes ditangguh sebab perlu masa untuk teliti surat representasi Najib. Mahkamah tangguh ke Sept 2023. Manakala 17 Ogos 2023 juga memo dalaman Pejabat Peguam Negara berkenaan kes IPIC ini telah terbocor.

” Memo dari pasukan pendakwaan kes IPIC ini kepada Ketua Peguam Negara Tommy Thomas merumuskan kesemua pasukan pendakwaan (7 DPP dan 5 pegawai penyiasat) sebulat suara mendapati bahawa – kes ini tidak patut dan tidak layak dibawa ke Mahkamah sebab Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Bahkan tiada sebarang dokumen menunjukkan Najib telah melakukan kesalahan. Juga tiada satu dari kenyataan seramai 138 kenyataan saksi memihak kepada pendakwaan serta kes IPIC terhadap Najib dan Irwan ini patut digugurkan.

“Namun pihak pendakwaan enggan untuk sah atau nafikan wujudnya memo dalaman ini bila ditanya oleh hakim,” jelasnya.

Seterusnya pada 14 Sep 2023, pihak pendakwaan sekali lagi mohon kes ditangguh sebab perlu lebih masa untuk teliti surat representasi Najib.

Mahkamah tangguh ke Disember 2023 dengan memberi amaran bahawa sekiranya pendakwaan masih belum bersedia, mahkamah akan beri DNAA kepada Najib.

“Pada 1 Dec 2023, pihak pendakawan kata mereka masih belum putuskan surat representasi Najib dan minta mahkamah tangguh kes.

“Hakim tetapkan tarikh perbicaraan pada bulan Jun 2024. tetapi memberitahu pihak pendakwaan bahawa mereka masih boleh hentikan kes bila mereka membuat keputusan terhadap surat representasi Najib.

“Pada 4 Jun 2024 (hari pertama perbicaraan kes IPIC) – pihak pendakwaan mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes mahkamah beri penangguhan dua minggu ke 19 Jun 2024.

“19 Jun 2024, pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen-tertentu (termasuk dokumen perjanjian penyelesaian IPIC yang sering diminta Najib untuk didedahkan) mahkamah beri penangguhan sebulan ke 22 Julai 2024,” hurainya lagi.

Sementara itu, pada 22 Julai 2024 pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen tertentu.

Jadi oleh kerana pendakwaan asyik mohon kes ditangguh, pihak pembelaan sekali lagi mohon hakim memberi DNAA kepada Najib, tetapi hakim tolak permohonan DNAA Najib dan benarkan pengangguhan kes selama 4 bulan lagi ke 14 November 2024.

“Namun hakim memberi amaran bahawa ini adalah penangguhan terakhir 25 Nov 2024 (tukar dari 14 Nov atas sebab pelanggaran jadual).

” Pihak pendakwaan masih tidak berjaya menyerahkan dokumen-dokumen penting kes.

“Justeru, hakim bertimbang untuk melepaskan tanpa membebaskan Najib dari kes tetapi tidak yakin dengan kuasa mahkamah untuk berbuat demikian.

“Hakim tangguh kes dua hari ke 27 Nov untuk kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan untuk berhujah bagi meyakinkan hakim bahawa mahkamah ada kuasa untuk memberi DNAA,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat