Serangan asid Faisal Halim: Selangor akan guna saluran undang-undang – Exco Sukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya masih tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Najwan Halimi berkata, setakat ini, pihak Selangor FC sudah melantik peguam untuk terus memantau kes ini.

“Tindakan susulan berkaitan dengan kes terbabit, kita memang serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Tetapi, pada masa sama kita tidak tolak keperluan untuk pihak peguam dan pengurusan Selangor FC mengambil tindakan sewajarnya di peringkat lebih tinggi, sekiranya tidak ada apa-apa keputusan daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika penggulungan perbahasan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada Rabu.

Beliau menjawab perbahasan Dr Afif Bahardin (PN-Medan) yang membangkitkan sama ada kerajaan negeri akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika iranya kes terbabit dibiarkan berlarutan.

Pada masa sama, beliau berharap semua Adun Selangor memberikan sedikit tekanan kepada pihak berkuasa agar mereka laporkan dan memberi perincian tentang hasil siasatan kes terbabit, lapor BH.

Media sebelum ini melaporkan, kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Timbalan Speaker Mohd Kamri Kamaruddin memaklumkan Pejabat DUN Selangor sudah menerima maklum balas daripada Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berhubung usul 17 (1) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Selangor yang dibawa oleh Abbas Salimmi Che Adzmi@azmi (PH-Seri Serdang).

Usul dikemukakan Abbas Salimmi sebelum sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RS-1 (KSP RS-1) pada 5 Julai itu antara lain mendesak siasatan menyeluruh terhadap kes simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Muhammad Faisal, telah dibahaskan oleh lima ADUN.

Terdahulu, Najwan memberitahu DUN Selangor, Speaker DUN Selangor sudah menulis surat kepada pihak polis memaklumkan usul yang dipersetujui secara konsesus pada sidang DUN terdahulu Julai lalu.

Dalam surat itu, DUN Selangor meminta siasatan menyeluruh dibuat dan laporan hasil siasatan berkenaan didedahkan kepada umum.

Pada 5 Mei lalu, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat