Tahap kesiapsiagaan tinggi pasukan keselamatan hadapi banjir – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Meskipun Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) telah mengeluarkan notis pemanamatan amaran hujan berterusan peringkat waspada pada pagi ini namun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan seluruh pasukan keselamatan bersiap siaga.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, akan terus memantau keadaan semasa banjir yang kini melanda di Kedah, Perlis, Selangor dan Sabah akibat peralihan monsun pada ketika ini.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya telah mengarahkan seluruh agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan keselamatan untuk terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Ini meskipun Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan notis pemanamatan amaran hujan berterusan peringkat waspada pada pagi ini.

“Saya sentiasa mendoakan agar semua mangsa yang terjejas akibat banjir pada kali ini dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dalam menghadapai musibah yang melanda,” katanya.

Tambah Zahid lagi, begitu juga kepada yang berada di kawasan-kawasan terdedah kepada banjir.

“Saya berharap agar terus ambil langkah berhati-hati dan sentiasa patuh pada arahan pihak berkuasa,” kata beliau.

Pagi tadi MET Malaysia mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, didapati cuaca bertambah baik dan dijangka tiada potensi hujan berterusan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan pada 10.30 malam, 25 September 2023 untuk kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 oleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat