Tinggalkan PN mari sertai Kerajaan Perpaduan, Puad pelawa PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS digesa meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan menyertai Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, syor penyertaan PAS di dalam Kerajaan Perpaduan dapat berkongsi kuasa dan pengimbang dalam kerajaan.

“PAS sepatutnya moving forward. Tinggalkan PN dan sertai Kerajaan Perpaduan. Berkongsi kuasa dan jadi pengimbang dalam kerajaan.

“Jangan buang masa cari jalan untuk tebuk atap. Menghukum orang lain. Keluar pelbagai fatwa pecah belahkan orang Melayu,” saran beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Ujar Puad, adalah lebih baik duduk dalam kerajaan menstabilkan politik, membangun negara, menjayakan agenda Islam, Melayu, dan kesaksamaan rakyat.

ADUN Rengit yang juga Speaker DUN Johor itu berkata demikian mengulas pelawaan Tan Sri Annuar Musa yang mengajak ahli Umno masuk PAS jika mahu meneruskan perjuangan.

“Perjuangan apa? Apa pencapaian Annuar bila sudah masuk PAS?

“Hari- hari Annuar meratib “No Anwar No DAP”. Itu sudah tidak relevan. Mana boleh ikut perangai Sanusi. Lucah dan bohong,” bidas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat