Puad cadang Muhyiddin lepas jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk melepaskan dua jawatan tertingginya selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu.

Desakan itu disuarakan, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi dengan alasan Muhyiddin sedang membawa baggage (beban yang berat).

“Muhyiddin sepatutnya letak jawatan sebagai Presiden Bersatu dan juga Pengerusi Perikatan Nasional. Tidak payahlah guna alasan bahawa dia belum dihukum bersalah.

“Ini berkaitan integriti. Dia didakwa rasuah kerana isu Jana Wibawa. Hari ini pula dia didakwa kerana isu 3R. Menantunya belum menyerah diri dan Bersatu kalah teruk di Nenggiri,” gesa Speaker DUN Johor itu.

Bahkan kata Puad, Muhyiddin patut contohi Datuk Seri Najib Razak.

“Dia (Najib) letak jawatan bila BN kalah PRU-14. Ketika itu dia belum didakwa pun.

“Tetapi kenapa dengan baggage yang berat masih mahu kekal jawatan.

“PAS bisu kerana masih keliru siapa “dajal”, tempelak Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat