PRK Mahkota: Siapa dua wanita dalam pertimbangan Barisan Nasional?

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – UMNO dan Barisan Nasional dikatakan sedang mempertimbang tiga nama wanita UMNO sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor yang akan berlangsung ada 28 September nanti.

Menurut sumber, UMNO hampir pasti mencalonkan wanita bagi PRK Mahkota sekaligus mengenepikan nama Ketua UMNO Bahagian Kluang Jais Sarday dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah.

Justeru nama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Zainani Jamaluddin antara calon teratas memandangkan ia dicalonkan oleh UMNO bahagian.

Pencalonan Zainani akan memberi kesinambungan kepada perkhidmatan Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, iaitu penyandang kerusi DUN Mahkota yang meninggal dunia 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun dengan pengundi berdaftar berjumlah 66, 318 orang dan pengundi Melayu hanya sekitar 54 peratus, UMNO turut mempertimbangkan calon lain yang lebih popular  dalam kalangan pengundi bukan Melayu dan dikenali di peringkat nasional.

Kini nama Datuk Halimah Mohamed Sadique, EXCO Wanita UMNO Malaysia yang juga merupakan bekas Menteri Perpaduan Negara dikatakan turut mendapat perhatian pucuk pimpinan BN negeri Johor dan Pusat.

Halimah yang berasal dari Kluang tidak dipilih untuk mempertahankan jawatan Ahli Parlimen Kota Tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun sepanjang kempen PRU15 bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi itu kelihatan aktif berkempen untuk calon BN-MCA,  Gan Ping Sieu, yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kluang.

Semasa ditemui dalam PRU lalu, Halimah memberitahu The Star, “Saya dilahirkan di Kampung Gunung Lambak di sini dan tidak mahu ketinggalan membantu Gan dan pasukannya dalam kempen mereka terutama dalam iklim PRU15 yang mencabar.”

Halimah ketika membantu kempen BN di Parlimen Kluang dalam PRU15

Selain berasal dari Kluang, Halimah juga dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan komuniti masyarakat Cina di kawasan terbabit sekaligus mewujudkan kelebihan kepada BN sekiranya dicalonkan.

Nama Halimah mungkin berhadapan sedikit kesukaran kerana beliau dianggap bukan kem Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga digugurkan dari  PRU15, Namun Ahmad Zahid berkebolehan menerima musuh sekiranya boleh membantu kemenangan.

Nama calon BN dijangka diumumkan pada 7 September 2024 manakala penamaan calon akan berlangsung pada 14 September dan pengundian pada 28 September.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK itu membabitkan daftar pemilih tambahan Jun 2024 yang dikemas kini hingga 2 Ogos lalu.

Mengikut DPPR berkenaan, seramai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat