Desak Pecat Ismail Sabri Sekadar Suara Akar Umbi Yang Pelbagai – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suara lantang sorakan bubar Parlimen dan pecat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Naib Presiden Umno dianggap sekadar suara akar umbi yang pelbagai.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa parti Umno ada tertib dan disiplin yang tidak akan sewenang-wenangnya memecat sesiapa.

“Itu (pecat) pandangan akar umbi, tapi kita (Umno) ada tertib ada disiplinnya.

“Umno bukan boleh sewenang-wenangnya memecat sesiapa. Kita ada disiplin dan proses.

“… dan saya kira desakan pecat itu cuma suara akar umbi. Biasalah suara akar umbi ini pelbagai,” ujar Asyraf selepas Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Taklimat Khas yang disampaikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini ‘diganggu’ dengan teriakan bubar, bubar dan pecat setiap kali menyebut pilihan raya dan nama Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat