ADUN PKR, Fat Full Umum Sertai Bersatu

- Advertisement -

Johor Bahru – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr Chong Fat Full yang mengumumkan keluar PKR pada 4 Mac mengesahkan sudah menyertai PPBM pada 22 Ogos lalu.

Chong yang juga exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor berkata, keputusan itu dibuat kerana yakin dengan perjuangan parti tersebut dalam membantunya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan lebih berkesan.

“Ya, saya kini merupakan ahli PPBM. Saya sertai PPBM sejak program melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) yang dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Ogos lalu.

“Menerusi program itu, bekas ahli PKR, termasuk bekas timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali serta anggota Penggerak Komuniti Negara (PKN) lain mengumumkan keputusan menyertai PPBM,” katanya hari ini.

Chong berkata, keputusan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau merupakan anggota PKN.

“Ramai tidak sedar dan mungkin terlupa saya juga anggota PKN Oleh itu keputusan sertai PPBM bukan mengejutkan.

“PPBM tidak hanya memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera, tetapi turut memberi ruang kepada bukan Melayu untuk bersama membentuk sebuah negara bangsa,” katanya.

Selepas membuat pengumuman keluar PKR, Chong menjadi Adun bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Penyertaan Chong sebagai Adun Bebas sebelum ini menjadikan kerusi yang dikuasai di bawah kerajaan PN di Johor kekal dengan majoriti mudah, iaitu 28 berbanding 26 kerusi Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat