Tajuddin Rahman Boleh Sertai PAS – Takiyuddin

- Advertisement -

KAMPAR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman boleh menyertai PAS bila-bila masa untuk kelangsungan karier politiknya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Siapa sahaja boleh sertai PAS (termasuk Tajuddin). Kita boleh dan akan terima. Malah pada satu program di Kedah baru-baru ini, kira-kira 12,000 ahli baharu didaftarkan termasuk pengundi baharu.

“Kita akan lihat potensi sokongan yang ada,” kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu selepas menutup kursus Malim Gunung Perhutanan (MGP) anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), di sini, hari ini.

Takiyuddin, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu, mengulas tawaran PAS Perak kepada Tajuddin supaya mewakil parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setelah digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, minggu lepas.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menamatkan pelantikan Tajuddin sebagai ahli MKT UMNO namun tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat.

Ditanya mengenai penggunaan logo PAS sendiri pada PRU15 nanti, Takiyuddin berkata perkara itu belum diputuskan dan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kelak.

“Itu (guna logo sendiri) bukan perkara pelik kerana kita pernah guna logo Barisan Nasional pada 1974. Kita akan putuskan bila tiba masa nanti, katanya mengulas cadangan penggunaan logo PAS sebagai sebahagian daripada strategi parti menghadapi PRU15. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat