Sharnaaz Ahmad tak boleh lihat individu ditindas

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad nafi menumbuk, mencekik, memijak atau menendang perut individu yang juga penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini.

Sharnaaz menegaskan dirinya yakin tidak melakukan keganasan sebegitu terhadap individu berkenaan.

“Saya turun dan melihat satu pergaduhan sedang berlaku yang mana penghuni itu bertengkar kerana tidak dibenarkan membawa masuk minyak masak. Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.

“Di sini saya menegaskan saya tidak memijak atau menendang perut individu berkenaan ataupun mencekik dan menumbuknya. Itu semua karut dan saya yakin saya tidak buat.

“Buat masa ini saya hanya boleh memberikan kenyataan secara ‘surface’ dan menunggu keputusan mahkamah keluar. Kenyataan ini dibuat atas nasihat peguam dan pihak polis selepas genap seminggu saya direman,” kata Sharnaaz.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, pelakon lelaki itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, di sini.

Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam, baru-baru ini.

Sharnaaz turut menyeru kepada orang ramai untuk tidak menghukum atau menghakimi tanpa bukti kukuh.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat