Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram Di Kuala Lumpur – Jalaluddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Ahad lalu telah melaksanakan ‘Operasi Bersepadu’ untuk membanteras pelbagai kegiatan haram di sekitar ibu kota.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datu Seri Jalaluddin Alias berkata, antara yang menjadi sasaran operasi ialah  premis yang menjalankan aktiviti rumah urut, pelacuran dan lain-lain kesalahan dibawah agensi berkaitan termasuk salah guna visa pelawat serta kesalahan syariah.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias

“Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah mengarahkan agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti perniagaan terutamanya yang melibatkan premis hiburan dan aktiviti sosial di ibu kota Kuala Lumpur.

“Sehubungan dengan itu, pihak kementerian dan agensi DBKL telah merangka pelbagai tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan mengikut garis panduan dan peruntukan undang-undang yang digunapakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dengan kerjasama agensi sahabat penguatkuasaan yang lain.

“Tindakan operasi bersepadu ini disertai sendiri oleh YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Haji Anwar Bin Mohd. Zain,” katanya, menerusi satu kenyataan media KWP, hari ini.

Menurutnya lagi, dalam operasi bersepadu tersebut, sebanyak 4 buah premis telah dikenakan tindakan kompaun dan tutup serta-merta di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian WPKL 2016 kerana menjalankan aktiviti urut tanpa lesen serta aktiviti tidak bermoral (seks).

“Selain itu, turut di sita 38 unit pelbagai peralatan berupa kondom, cecair pelincir serta peralatan CCTV. Kesemua premis ini ditutup (sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Seramai 16 individu warga asing telah ditahan terdiri daripada warganegara Thailand (8 orang), warganegara Indonesia (7 orang) dan warganegara Vietnam (1 orang) yang bertindak sebagai tukang urut dan pekerja seks telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya dibawah Akta Imigresen 1959/63.

“Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menahan seramai 5 individu rakyat tempatan beragama Islam (pelanggan) bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.

“Statistik tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti premis tidak bermoral / langar syarat lesen yang telah dilakukan oleh agensi DBKL pada tahun 2021 dan Januari hingga Jun 2022 adalah seperti berikut :-

“Kementerian memandang serius ke atas pelanggaran syarat lesen yang dilakukan pemilik premis dan aktiviti perniagaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, KWP dalam kenyataan yang sama turut mengingatkan kepada pemegang-pemegang lesen supaya jangan terlalu mengambil mudah isu pelanggaran syarat lesen kerana sebarang pelanggaran syarat lesen akan dibawa ke jawatankuasa bagi pembatalan lesen perniagaan.

“Kementerian akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini secara berterusan dari semasa ke semasa dengan kerjasama agensi sahabat,” kata kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat