PM ‘rancak’ jumpa pelabur di Jepun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan beberapa pertemuan dengan syarikat gergasi Jepun bagi menarik minat mereka menanam modal dan memperbesar perniagaan mereka di Malaysia.

Katanya, selain daripada menyampaikan ucaptama di Persidangan Nikkei 2022, beliau ‘rancak’ mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur Jepun yang berpotensi.

“Selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2022, lawatan kerja rasmi saya di Tokyo, Jepun turut dipenuhi dengan jadual padat bertemu dengan syarikat-syarikat gergasi Jepun bagi menarik minat mereka menanam modal dan membesarkan perniagaan mereka di Malaysia.

“Pagi ini saya menghadiri sesi bersemuka dengan empat syarikat besar di Jepun, antaranya Mitshubishi Power, sebuah syarikat sebuah syarikat yang berpengalaman dalam industri penjanaan kuasa dan penyimpanan tenaga.

“Mereka diwakili oleh Hideshi Kawamoto, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta Nobuhiro Kawai, Pengurus Pemasaran dan Jualan Antarabangsa.

“Syarikat ini mereka bentuk, dan membina sistem janakuasa di seluruh dunia. Mereka juga terlibat dengan industri gas asli, stim, aero-turbine, geothermal dan PV Solar.

“Mitsubishi mempunyai lebih 18,000 orang pekerja di seluruh dunia dan berpengkalan di Yokohama, Jepun.

“Mitsubishi Power dan THB Power pada masa ini sedang bersama-sama membangunkan penyelesaian teknologi terkini bagi loji jana kuasa di Gurun, Kedah,” catat Perdana Menteri di Facebooknya pada Jumaat.

Menurut Ismail Sabri, Malaysia komited dan mengalu-alukan projek berkualiti tinggi dengan elemen kelestarian seiring dengan matlamat negara mengurangkan kesan gas rumah hijau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat