Ismail Sabri Jumpa Tun M Di Persidangan Nikkei

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi meluangkan masa bertemu dan bertanya khabar Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei yang berlangsung di Imperial Hotel, Tokyo.

“Sempat bertemu dan bertanya khabar keadaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi.

“Kami berdua telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 yang bermula semalam.

“Tun Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu pada pagi ini.
Saya telah menyampaikan ucaptama pada pagi semalam,” kata Ismail Sabri.

Kata Perdana Menteri lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menghadiri Persidangan Nikkei sejak persidangannya yang sulung pada tahun 1995.

Dihoskan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995, persidangan ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

Antara yang hadir ialah Perdana Menteri Singapura TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Thailand TYT Prayut Chan-o-cha, Presiden Laos TYT Thongloun Sisoulith, dan Perdana Menteri Kemboja TYT Hun Sen.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri Australia TYT Kevin Rudd.