Lantik Menteri Kuasa Mutlak PM- Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memiliki kuasa mutlak melantik jemaah menteri bagi mengisi Kabinet,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, meskipun adat sebelum lantikan dibuat Perdana Menteri perlu berbincang dengan presiden-presiden parti namun, ia masih kuasa penuh Perdana Menteri untuk menentukan kedudukan seseorang itu dalam Kabinet.

“Saya fikir kedudukan, pelantikan mana-mana anggota Kabinet itu adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“… dan walaupun secara konvensyennya perlu berbincang dengan presiden parti. Di mana seseorang menteri itu mewakili partinya, maka masih tertakluk kepada Perdana Menteri untuk menentukan kedudukan seseorang itu dalam Kabinet sebagai angoota jemaah menteri,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam petikan video yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.

Zahid berkata demikian bagi mengulas desakan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengingatkan bahawa jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet mesti dikembalikan kepada Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat