Padanan spesifikasi terkini

- Advertisement -

PENGGUNA telefon pintar terdiri daripada beberapa peringkat dan antara jumlah kategori pengguna yang ramai adalah daripada kelas permulaan ataupun ‘entry level’.

Kebiasaannya, telefon pintar kelas permulaan memiliki spesifikasi yang rendah termasuk bermacam masalah seperti ketidakupayaan kamera, skrin yang kecil serta tidak mampu untuk melancarkan aplikasi tertentu.

Untuk memiliki telefon pintar kategori ini iaitu tanda harga di bawah RM700, Honor antara pengeluar peranti yang bijak menawarkan pelbagai telefon pintar kelas permulaan serta mempunyai padanan spesifikasi yang baik.

Terbaharu, Honor menawarkan Honor X7 dengan harga RM699 bersama-sama padanan spesifikasi terkini, sekali gus bakal menjadi pilihan utama pengguna bagi kategori berkenaa

Menyentuh aspek spesifikasinya, Honor X7 ini dikuasakan dengan cip pemproses keluaran Qualcomm iaitu Snapdragon 680 bersama-sama dengan padanan memori (RAM) 4GB.

Untuk cip Snapdragon 680 itu, ia terhad terhadap sokongan jaringan 4G saja, jadi pengguna peranti ini akan terlepas peluang untuk menikmati jaringan 5G kelak.

Bagaimanapun, ia bukan satu masalah besar jika dibandingkan dengan tanda harga serta penawaran spesifikasi yang baik khusus untuk pengguna kategori kelas permulaan.

 

PERANTI kelas permulaan Honor X7 menawarkan tanda harga mesra poket untuk pengguna.

 

Selain itu, Honor X7 ini juga didatangkan dengan saiz skrin yang agak besar untuk sebuah peranti kelas permulaan iaitu 6.74 inci bersama paparan LCD yang menyokong resolusi Definisi Tinggi Dipertingkatkan (HD+).

Peranti ini juga dipadankan dengan unit pemproses grafik (GPU) Adreno 610 bersama storan dalaman 128GB manakala kapasiti bateri adalah 5,000mAh.

Bagi kemudahan pengguna, peranti ini menyokong pengecasan pantas 22.5W SuperCharge, sekali gus tidak memerlukan pengguna menunggu lama untuk pengecas penuh.

Berdasarkan kepenggunaan pula, penulis berpuas hati dengan binaan keseluruhan peranti berkenaan yang sesuai dengan kelas permulaan terutama prestasi kamera.

Kamera Honor X7 ini boleh dioperasikan tanpa mengira situasi, termasuk mampu merakam gambar dalam pencahayaan kurang dengan baik, malah lebih baik daripada mana-mana peranti kelas permulaan yang lain.

 

SPESIFIKASI padanan Honor X7 mampu melancarkan sebarang aktiviti termasuk pengalaman permainan yang baik.

 

Penulis mencadangkan kepada pengguna yang mahu mendapatkan sebuah peranti pintar, namun dengan harga di bawah RM700, Honor X7 adalah jawapannya.

Ia boleh dikatakan peranti ‘all rounder’ untuk kelas permulaan, menawarkan skrin yang luas, mampu melancarkan sebarang aplikasi, malah keupayaan kamera yang baik.

Itu adalah tiga elemen kekuatan untuk Honor X7 ini bersama-sama tanda harga yang mesra poket.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat