Tajuddin ‘korban’ PN alih perhatian isu lebih kritikal – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Aziz Kaprawi mengakui dan bersetuju Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gagal mengendalikan sidang media dengan berhemah sehingga mengundang kemarahan rakyat.

Malah katanya, beliau menyokong bahawa Tajuddin perlu meletakkan jawatan atas insiden ini bagi memulihkan semula imej Prasarana.

Bagaimanapun menurut Aziz pemecatan Tajuddin tidak lebih daripada sekadar usaha Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin mendapatkan populariti secara mudah dan bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih kritikal.

” Adakah kerana Tajuddin bukan penyokong tegar PN maka beliau boleh ‘dikorbankan’?

“Ternyata Tajuddin gagal mengendalikan sidang media, tetapi beliau lebih baik daripada pemimpin nombor 1 negara (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang sehingga kini belum berani untuk menghadapi media secara terbuka apatah lagi menghadapi para ahli Parlimen di Dewan Rakyat,” tegas Aziz.

Namun begitu beliau membangkitkan persoalan, bagaimana pula dengan kegagalan menteri-menteri PN dalam mengendalikan krisis wabak Covid-19 yang ternyata lebih kritikal yang sehingga kini telah meragut lebih daripada 2,400 nyawa rakyat Malaysia.

“Begitu juga dengan kegagalan Kerajaan PN menguruskan ekonomi yang bukan setakat gagal membawa pelaburan baru ke dalam negara, malah pelabur yang sedia ada turut lari membawa pelaburan mereka keluar.

“Ini juga termasuk dengan kegagalan kerajaan menguruskan komunikasi antara agensi sehinggakan menyebabkan kekeliruan rakyat terhadap pelbagai perkara yang melibatkan pematuhan SOP.

“Malah semalam pula, rata-rata rakyat menzahirkan rasa kecewa dengan sistem pendaftaran vaksin AstraZeneca yang gagal diakses dengan baik.

“Siapa pula perlu dipecat atas kegagalan demi kegagalan ini? Soal beliau.

Baca lagi:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat