Maaf Masalah Teknikal Beberapa Butang, Semua Pendaftar Akan Dapat Vaksin – CITF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengambil maklum gangguan teknikal sewaktu tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca yang dibuka tengah hari semalam hingga menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman web CITF.

Katanya, CITF memandang serius masalah teknikal yang dihadapi dan tindakan akan diambil kepada pihak yang berkenaan demi kepentingan awam dan negara.

“Pihak CITF mengambil maklum bahawa ramai rakyat yang berminat untuk divaksin tetapi telah gagal untuk membuat tempahan.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan sentiasa terbuka untuk sebarang maklum balas serta teguran daripada semua pihak,” katanya.

CITF juga mengulangi bahawa individu yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah PICK terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan dalam bulan-bulan mendatang.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas sambutan baik orang ramai yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat