BN mahu balas jasa DAP – Ahmad Zahid

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menyokong penuh calon DAP mewakili kerajaan perpaduan, Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu bagi membalas jasa parti itu membantu mereka dalam tiga pilihan raya sebelum ini.

Jelas Zahid, DAP sebagai rakan dalam kerajaan perpaduan perlu sama dibantu oleh parti komponen.

“Terdapat beberapa PRK pada peringkat negeri mahupun Parlimen yang turut didukung oleh kepimpinan DAP, Amanah dan PKR.

“Maka ketika ini mereka dibantu dengan dukungan Umno, khususnya BN… kita rasakan perlu balas jasa yang telah mereka curahkan ketika PRK Tioman, Pelangai dan Kemaman.

“Ini komitmen yang dibuat oleh Umno dan BN,” katanya ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, memetik FMT.

Dalam pada itu, Zahid masih berharap MCA akan berubah hati dan membantu gerak kerja jentera kempen calon DAP di Kuala Kubu Baharu.

Atas dasar jalinan persahabatan erat partinya bersama MCA sejak 1955, Zahir yakin pergeseran parti itu dengan DAP akan reda.

“(Kerjasama MCA) pada peringkat bahagian dan DUN, saya tidak nampak masalah yang besar. Mereka akan gerakkan jentera yang ada,” katanya.

“Namun, kita memahami dan menyantuni yang di atas sana (kepimpinan tertinggi MCA). Kami harap keadaan akan berubah apabila ‘kedinginan’ (terhadap DAP) reda.”

Zahid turut yakin Pang mampu memperoleh kemenangan pada PRK 11 Mei ini.

“(DAP) hampir pasti memenangi kerusi itu. Saya tahu DAP adalah sebuah parti yang sangat komited dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi tadi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat