MOSTI Lancar Buku Modul Komunikasi Sains

KUALA LUMPUR – Dalam usaha menterjemahkan visi untuk menyemai kemahiran komunikasi sains dengan lebih berkesan, MOSTI menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) memperkenalkan Buku Modul Komunikasi Sains.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata buku itu juga mampu menarik minat generasi muda menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Sebagaimana ramai antara kita sedia maklum, para saintis lazimnya menggunakan istilah sains yang teknikal, sukar difahami dan kompleks. Melalui buku ini, pembaca dapat memperoleh tip untuk mengetahui langkah-langkah serta pendekatan komunikasi sains dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami.

“Melalui komunikasi sains yang jelas, masyarakat mahupun pelajar dapat memahami dengan lebih teliti mengenai perkara- perkara yang berlaku di sekeliling,” katanya ketika berucap melancarkan buku tersebut di sini hari ini.

Selain itu jelasnya, buku berkenaan memberikan kemudahan kepada para saintis, penyelidik, guru, dan pengamal media untuk digunakan sebagai rujukan dalam menyampaikan komunikasi sains yang lebih berkesan.

“Sebagaimana ramai di antara kita sedia maklum, para saintis lazimnya menggunakan istilah sains yang teknikal, sukar difahami dan kompleks.

“Melalui buku ini, pembaca dapat memperoleh tips untuk mengetahui langkah-langkah serta pendekatan komunikasi sains dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami,” katanya.

Tambahnya melalui komunikasi sains yang jelas, masyarakat mahupun pelajar dapat memahami dengan lebih teliti mengenai perkara- perkara yang berlaku di sekeliling.

“Sebagai contoh, ketika penularan pandemik COVID-19, saya dimaklumkan YSN-ASM telah mengeluarkan bahan komunikasi mudah seperti video dan lampiran fakta yang telah dimuat turun sebanyak lebih 34,000 kali.

“Dalam masa yang sama, literasi kepada sains juga amat penting bagi mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fakta-fakta yang menyimpang daripada kebenaran saintifik,” katanya.

Beliau turut berharap agar Buku Modul Komunikasi Sains ini digunakan sebagai panduan dan rujukan agensi-agensi di bawah seliaan MOSTI.

Malah beliau meminta agar ia dapat dikongsikan bersama rakan-rakan STIE di ASEAN dan antarabangsa agar penyampaian ilmu sains dapat dinaratifkan dengan lebih kreatif, efisien dan efektif bagi semua peringkat umur.

“Semoga penerbitan buku ini turut menjadi inspirasi bagi ahli- ahli YSN-ASM di masa akan datang dalam menghasilkan material-material lain yang dapat membantu usaha pembudayaan sains kepada masyarakat dengan lebih berkesan,” katanya.