Rundingan Agihan Kerusi PN Cuba Diselesai Secepat Mungkin – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan parti dalam Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diselesaikan secepat mungkin.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata setakat ini, rundingan itu yang berada pada tahap 30 peratus berjalan dengan baik, adil dan lancar.

“Hari ini pun saya ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu. Alhamdulillah, seperti dijelaskan (Timbalan Presiden Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, rundingan berada pada tahap 30 peratus.

“Proses rundingan itu masih berada pada tahap sama kerana kenyataan itu pun baru dikeluarkan minggu lalu.

“Kawan-kawan (parti) dalam PN juga bersungguh-sungguh dalam isu pembahagian kerusi ini. Kita akan cuba selesaikan secepat mungkin bagi memastikan kerajaan yang stabil dan kekal dengan agenda dibuat,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Menara PTPTN, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Ab Muniem Ibrahim.

Ditanya rundingan kerusi 30 peratus membabitkan negeri mana, Wan Saiful yang juga Pengerusi PTPTN berkata, pihaknya akan membuat pengumuman berhubung perkara itu apabila tiba masanya.

Jumaat lalu, Ahmad Faizal dilaporkan berkata, rundingan pengagihan kerusi itu antara BERSATU dengan PAS bagi PRU-15 kini mencapai 30 peratus.

Perkembangan itu membabitkan rundingan agihan kerusi bagi kawasan di Semenanjung dan pada masa sama, rundingan dengan rakan komponen PN lain khususnya di Sabah juga diteruskan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat