Neelofa Dan Keluarga Dikompaun RM60,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan Neelofa bersama suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan.

Kesalahan pertama ialah larangan pematuhan SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.

Manakala kompaun RM10,000 lagi dikenakan kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Sementara suaminya, PU Riz dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran merentas negeri.

Menurut Mohamad Zainal, kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.00 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel dalam sebuah acara yang elegan dan eksklusif.

Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenan dilaporkan berkunjung ke pulau perangina Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan di pulau legenda itu. -Astro Awani

Foto: MStar Online

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat