Polis Bukit Aman Rakam Keterangan Anwar Isu Audio Panggilan Telefon Dengan Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil di Bukit Aman pada Selasa untuk dirakam keterangan berhubung rakaman audio yang didakwa mirip suara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar tiba di Bukit Aman pada jam 9.58 pagi dengan menaiki kereta Jaguar hitam dan ditemani peguamnya, Sankara N Nair.

“Berdasarkan surat yang dihantar kepada Anwar, dia disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Saya percaya siasatan berkenaan rakaman audio,” katanya Peguamnya memetik Malaysiakini

Untuk rekod, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan adalah berkenaan kenyataan yang mungkin mendatangkan khianat awam.

Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.

Pada 10 April lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, polis akan mengambil keterangan Ahmad Zahid dan Anwar berhubung klip audio itu.

Abdul Hamid memaklumkan kertas siasatan telah dibuka dan salinan audio itu dihantar ke makmal forensik untuk menentukan ketulenannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat