Jangan Himpit Rakyat, Yang Susah Bertambah Susah – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempraktikkan keadilan selari dengan ihsan.

Jelas beliau, penguatkuasaan yang adil dan bertimbang rasa adalah sebaik-baik pengajaran dan teladan.

Mohamad mengulas berkenaan seorang peniaga di Kota Baharu telah diberikan kompaun sebanyak RM50,000 hanya kerana berniaga burger melebihi had masa yang ditetapkan, di hadapan rumah sendiri.

“Bagaimana beliau akan mampu melunaskan jumlah yang besar itu kerana beliau hanya berniaga burger. Bagi golongan B40 seperti peniaga tersebut, tindakan tersebut pasti sangat membebankan.

“Sikap berdikari dia, mencari rezeki walau dari hadapan rumah hingga larut malam, tanpa melanggar penjarakkan sosial, adalah contoh kerja keras dan daya usaha yang wajar diambil kira dalam melaksanakan penguatkuasaan,” katanya.

Mohamad turut membangkitkan isu minggu lepas apabila pelajar di sebuah kolej di Perak dikompaun hanya kerana tidak menggunakan pelitup muka dengan kemas untuk membeli makanan.

“Mereka hanya pelajar, tinggal di kawasan asrama dan mereka pasti tidak mempunyai kemampuan untuk membayar denda yang besar.

“Penguatkuasaan PKP, PKPB dan pelbagai lagi bentuk SOP, janganlah dilaksanakan sehingga menjadi beban dan kesusahan kepada rakyat yang waktu ini benar benar terhimpit.

“Laksanakan dengan tegas tetapi laksanakan juga dengan adil dan bertimbang rasa. Keadilan di tangan kanan, ihsan di tangan kiri. Tanpa ihsan, maka tiadalah pertimbangan untuk keadilan.

“Dan janganlah pula di dikuatkuasakan secara berpilih, dengan orang atasan dan yang terkenal mendapat layanan berbeza.

“Rakyat sudah lebih setahun menunggu pengakhiran kepada wabak sukar ini. Janganlah kita pula menambah kesusahan kepada mereka,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat