Ancaman PN bukan UMNO tapi Covid-19, tuduh Zahid gaduh besar dengan KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan fitnah yang dilempar kononnya beliau bergaduh besar dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar di bulan Ramadan.

Kata Presiden UMNO itu fitnah berkenaan cuba dicetuskan oleh pihak tertentu kononnya UMNO memiliki masalah dalaman.

Zahid membidas penabur fitnah itu dengan berkata bahawa ancaman kepada kerajaan ketika ini adalah Covid-19 bukannya UMNO.

“Maka uruskan virus ini bukannya parti kami. Saya pelik mereka terlalu gentar dengan UMNO sehingga lupa laporan harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan ribuan kes.

“Pihak berkaitan gagal menguruskan negara tetapi UMNO pula dipersalahkan? Bimbang dengan kebangkitan UMNO kah sehingga menghantar parasit untuk memusnahkan UMNO

“Dengan izin Allah SWT, jentera parti ini akan terus diperkemaskan bagi mendepani PRU-15. Dan rakyat juga sudah menilai kepimpinan di zaman BN, PH dan PN,” kata Zahid di Facebook dengan tanda pagar #Fitnah #akhirzaman #neraka #nerakajahanam.

Beliau berkata Ramadan bulan suci sepatutnya dijadikan medan untuk meningkatkan amal takwa bukannya terus menaburkan fitnah.

“Bukan apa, bimbang suatu hari nanti akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT.

“Walaupun Ramadan 1442H sudah menjengah hari ke-14, saya melihat masih ada pihak tertentu yang menaburkan fitnah kononnya UMNO memiliki masalah dalaman. Kononnya saya dan KJ bergaduh besar di bulan Ramadan. Sudah-sudahlah, hentikanlah tabiat buruk itu,” tegas beliau.

Zahid sebaliknya berkata, UMNO sejak dahulu ikatannya sangat kuat. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tetapi ia bukan asbab untuk kami berpecah.

“Apatah lagi akar umbi dan perwakilannya sangat mempercayai satu sama lain. Ahli-ahli UMNO sangat matang. Mereka boleh menilai strategi politik busuk yang mahu menghancurkan UMNO.

“Ahli-ahli UMNO tidak gilakan kuasa. Walaupun dalam situasi sukar, kesetiaan dan keikhlasan mereka sangat besar. Saya tertanya-tanya kenapa takut sangat dengan UMNO? UMNO dan BN ditewaskan pada PRU-14 angkara fitnah dan UMNO bukanlah parti yang menerajui PN.

“Walaupun kami memberikan dokongan membentuk kerajaan, pihak berkaitan masih menghina UMNO. Melabelkan pimpinan parti ini sebagai binatang. Adakah ini amalan yang mulia di bulan Ramadan? soal beliau.

Sepatutnya katanya, jika mahu memenangi hati rakyat dan pengundi, tunjukkanlah tadbir urus yang baik. Wujudkan peluang pekerjaan yang banyak, rancakkan semula ekonomi, tarik semula pelaburan langsung asing.

“Atau tetapkan dasar yang tepat ketika pandemik ini dan jangan flip flop. Kendalikan kes Covid-19 secara berkesan selain segerakan pemberian vaksin.

“Jika ini berlaku nescaya rakyat akan suka. Apa yang penting tampilkan politik matang,” tegur Zahid. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat