Ambil Peluang PKP Untuk Kurangkan Pendatang Asing Tanpa Izin

- Advertisement -

AGAK terkejut membaca ciapan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam mengenai jumlah pendatang asing yang berjaya dikenalpasti melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Berdasarkan ciapan tersebut, dari keseluruhan 20,166 orang penduduk yang terlibat, hanya 6,000 sahaja warganegara Malaysia manakala bakinya adalah pendatang asing!

Ini baru satu tempat. Khabarnya di Selangor Mansion – satu lagi Kawasan terlibat PKPD, lebih kurang itu juga situasinya.

Tak dapat dipastikan berapa ramai mereka ini yang ada permit kerja yang sah, pelarian atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Apa pun, dengan demikian keadaanya, peluang PKP ini patut digunakan agensi kerajaan berkaitan untuk mengurangkan jumlah pendatang asing tanpa izin di negara kita.

Kalau di luar PKP, rasanya sukar sikit sebab mereka mudah bercampur dengan rakyat tempatan apabila melarikan diri semasa serbuan dibuat seperti yang pernah berlaku di Cyberjaya beberapa bulan lepas.

Sekarang dengan PKP. nak lari ke mana?

Apatah lagi dengan sikap sebahagian golongan ini yang tidak mempedulikan undang-undang negara dan penguatkuasanya, tindakan tegas sewajarnya diambil ke atas mereka demi kesejahteraan rakyat negara kita.

Sudah tentu bila tindakan diambil, ada majikan yang akan merungut kerana kekurangan pekerja, tapi itu masalah mereka. Punya banyak saluran sah untuk mengambil pekerja asing, kenapa yang haram juga digunakan – kalau betul ramai yang terlibat itu pekerja asing tanpa izin.

Bila masyarakat berbunyi pasal karenah dan lambakan pekerja asing (terutama tanpa izin) di negara kita, majikan yang terlibat bukan ambil peduli pun. Kerajaan juga yang kena.

  • SuaraTV
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat