Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit menyusut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut berikutan sentimen berwaspada menjelang pengumuman data inflasi AS.

Indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS akan dikeluarkan pada Jumaat, yang akan memberikan lebih penjelasan mengenai prospek kadar faedah AS.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.

“Kelemahan yen turut mendapat perhatian memandangkan Kementerian Kewangan Jepun mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing. Situasi ini berlaku walaupun keputusan Bank of Japan minggu lepas untuk mengakhiri dasar kadar faedah negatif, kawalan keluk hasil dan pembelian aset berisiko.

“Secara keseluruhannya, ia dilihat seperti sentimen mengelak risiko buat masa ini,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.09 peratus kepada 104.396 mata.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding euro kepada 5.1233/1287 daripada 5.1225/1257 semasa ditutup pada Selasa kepada 5.1225/1257 dan berbanding pound Britain kepada 5.9742/9805 daripada 5.9733/9771.

Ringgit juga rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1261/1298 daripada 3.1194/1216 pada Selasa.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9925/13.0130 daripada 13.0021/0151 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 298.3/298.8 daripada 298.7/299.1.

Unit tempatan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.5112/5151 daripada 3.5112/5137 dan berbanding peso Filipina, berkurangan kepada 8.41/8.43 daripada 8.38/8.38 sebelumnya. – Bernama

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat