“Tiada yang lebih layak berbanding Presiden UMNO untuk jadi PM” – Datuk Azley Yahya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor merangkap Setiausaha Pemuda UMNO Selangor Datuk Azley Yahya menyatakan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi paling layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu menang PRU-15.

Menurut beliau, dalam UMNO ramai pemimpin yang layak untuk jadi Perdana Menteri tetapi tentunya Presiden UMNO paling layak berbanding yang lain.

“Ikut tradisi sekiranya UMNO diberi mandat oleh rakyat.

“Presiden parti (Datuk Seri Ahmad Zahid) boleh jadi Perdana Menteri, tak payah fikir sesiapa dah pemimpin UMNO yang layak jadi Perdana Menteri,” katanya kepada SuaraTV di PWTC, hari ini.

Malah Azley juga yakin pimpinan dan akar umbi UMNO pasti turut bersetuju jika Zahid menjadi Perdana Menteri.

Bahkan menurut beliau, kes mahkamah yang dihadapi Zahid bukan penghalang kerana ia masih belum disabitkan kesalahan lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat