“Bersatu dah lama buli UMNO, jawatan penting semua dia sapu” – Ahmad Said

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan Bersatu bukan sahaja ‘membuli’ UMNO selepas keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tapi sebelum itu lagi sejak Perikatan Nasional (PN) dibentuk menjadi kerajaan.

Kata beliau, selepas UMNO bersetuju dan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri mereka dah mula buli UMNO.

“Kita bagi dia jawatan Perdana Menteri, jawatan tak penting bagi kepada kita…yang penting semua dia sapu.

“Bersatu buli kita bukan setakat lepas keputusan MKT mahu putus hubungan dengan mereka selepas Parlimen dibubar, kita bagi Bersatu peluang kemudi negara demi kepentingan negara, tak mahu jadi huru-hara dan tak stabil,” kata Ahmad ketika ditemui SuaraTV di PWTC, hari ini.

Sementara itu, UMNO mengakui sudah tidak ada jalan lagi untuk memujuk PAS untuk kekal bersama dengan Muafakat Nasional (MN) memandangkan parti Islam itu sudah terang-terang memihak kepada Bersatu.

“PAS? Nak runding macam mana lagi? Dia dah pergi dulu dengan Bersatu dan PN.

“Sedangkan dia (PAS) sudah tandatangan dengan MN tapi dengan Bersatu dia (PAS) tak tandatangan apa pun tapi PAS pergi tinggalkan UMNO, sepatutnya runding dulu dengan kita.

“Dari awal lagi hubungan kerjasama ini dah nampak tak betul, kalau nak berpakat, pakatlah betul-betul.

“Kami di Terengganu rasa tak selesalah, harapan saya cuma nak UMNO kembali memimpin,” katanya.

Beliau mengakui kecewa dalam politik itu sudah menjadi lumrah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat