PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan sebarang amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam sektor pertahanan negara.
Menurutnya, perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan tetapi juga merosakkan keselamatan dan keamanan negara.
“Saya tidak kira besar mana, tinggi mana pun kamu, saya tidak akan izinkan kerana ini akan mengorbankan, mengkhianati dan merosakkan sistem pertahanan negara kita.
“Saya tidak akan biarkan. Sedaya upaya, saya akan cuba membersihkan (perbuatan rasuah),” katanya ketika merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di Putrajaya, hari ini.
Anwar turut menekankan kepentingan sistem perolehan yang telus bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan.
“Semua harus guna proses tender. Saya tidak peduli (anda) dari mana, besar mana, (perlu) ikut proses. Nak beli seumpamanya perkakasan digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data ataupun senjata, mesti ikut prosedur.
“Tentukan keperluan negara, jangan beli kapal tapi berpuluh-puluh tahun tersadai, berbilion ringgit hilang. Ini kerja yang akan jahanamkan negara, padahal ini soal pertahanan negara,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berbilion ringgit hilang. Perbetul negara demi kepentingan peribadi, yang menyebabkan ketidakadilan dalam sistem ekonomi.
“Bagaimana mungkin dalam sistem pengurusan negara kita mohon orang gaji RM3,000 untuk derma RM100, sedangkan ada orang kaya mencuri ratusan juta ringgit kita biarkan atas alasan politik, ekonomi, dan belas kasihan?” ujarnya.