Pegawai Kanan Polis Maut Disyaki Tembak Kepala Sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas disyaki menembak diri sendiri menggunakan pistol di sebuah rumah di Jalan Selingsing, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada sistem MERS 999 pada pukul 3.30 petang.

“Mangsa yang berusia 35 tahun merupakan seorang pegawai kanan polis yang sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini.

“Hasil siasatan awal mengesyaki mangsa telah menembak dirinya sendiri pada bahagian kepala dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Walter P99 hingga menembusi bahagian kanan kepala,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas pada pukul 3.59 petang.

Ujar beliau, pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Bagaimanapun punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan ataupun menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Foo Keat How ditalian 012-7461500 atau boleh juga menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul ditalian 03-40482206. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat