Syarikat saya IJ Builders bukan IJM, pergi ambil ujian diagnostik umur 5 tahun mesti tak lepas ni – Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Isham Jalil menempelak pengkritiknya yang mendakwa beliau wajar disiasat kerana terpalit skandal IJM Corporation.

Isham menegaskan beliau tiada kena mengena dengan IJM seperti didakwa, memandangkan syarikat miliknya bernama IJ Builders.

“Ada walanon suruh siasat saya sebab IJM ada skandal dia kata.

“Wahai puak walanon, saya takda kena mengena dengan IJM. Syarikat saya namanya IJ Builders, bukan IJM. IJM tu syarikat lain. Yang ini pun walanon tak reti beza.

“Kepada walanon, lain kali pergi ambil ujian diagnostik umur 5 tahun tu. Dan suruh Fadhlina Sidek asingkan kamu siap-siap sebab kamu ni slow.

“Walanon ni kecik-kecik taknak …….., besar-besar menyusahkan orang. Mungkin sebab ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘cancel’ ujian itu, kalau tidak geng walanon dewasa yang ambil pun ramai tak lepas,” selar Isham.

Untuk rekod, istilah “walanon” yang disasarkan kepada penyokong Pakatan Harapan (PH), khususnya mereka yang mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperhebat siasatan terhadap IJM Corporation susulan dakwaan melibatkan isu tadbir urus korporat, perolehan dan transaksi kewangan meragukan yang dikaitkan dengan pemilikan aset di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Siasatan yang dijalankan menerusi Op Heart itu menyaksikan SPRM menggeledah empat lokasi berasingan melibatkan kediaman dan pejabat seorang anggota pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 55 akaun bank persendirian dan akaun syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut telah dibekukan, melibatkan anggaran dana berjumlah RM15.8 juta.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat