KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari menyambut baik tindakan kerajaan bersetuju untuk tidak melaksanakan ujian diagnostik khas kemasukan ke Darjah 1 bagi murid 6 tahun ini bagi mengelakkan bebanan psikologi serta sekali gus mempermudah pelaksanaan sistem pendidikan.
Ketua Penerangan Pas itu menganggap langkah U-turn yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memberi kebaikan kepada rakyat.
“Perdana Menteri mengumumkan di dalam Dewan Rakyat pagi ini bahawa cadangan ujian diagnostik untuk anak-anak 5 tahun bagi tujuan kemasukan ke Darjah 1 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek minggu lepas dengan rasminya ditiadakan atau sebenarnya dengan bahasa lain ditarik balik lah tu.
“Baguslah kerajaan U-turn pula untuk kebaikan rakyat.
“Tapi itulah, menampakkan kerajaan sebenarnya tidak buat kajian yang mendalam sebelum umumkan polisi,” ujarnya.



