Pahang-Selangor Perkukuh Hubungan Dua Hala – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hubungan dua hala antara kerajaan negeri Pahang dan Selangor akan lebih diperkukuhkan lagi dengan lebih strategik, mampan dan berimpak tinggi.

Menurut Wan Rosdy, kedua-dua negeri ini sangat bertuah kerana bersempadan antara satu sama lain serta lebih banyak peluang-peluang ekonomi dapat diteroka dan dibina secara bersama.

Wan Rosdy berkata demikian selepas berlansungnya Mesyuarat Dua Hala antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor buat pertama kalinya selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Wisma Sri Pahang, pada Jumaat.

Pada Mesyuarat tersebut, Kerajaan Negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Dua Hala antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

“Pertemuan antara kedua-dua Kerajaan Negeri ini cukup penting terutamanya dalam memperkukuhkan hubungan dua hala secara strategik, mampan serta berimpak tinggi.

“Sesungguhnya kita sangat bertuah kerana Pahang dan Selangor bersempadanan antara satu sama lain serta banyak peluang-peluang ekonomi yang dapat diteroka dan dibina secara bersama di mana hasilnya nanti akan memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.

“Saya berharap, agar hubungan dua hala ini terjalin dengan lebih erat lagi dan mesyuarat seumpama ini akan dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang demi kestabilan dan kesejahteraan bersama.” kata Wan Rosdy.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat