Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang Ditubuhkan

- Advertisement -

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Pahang bersetuju untuk menubuhkan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang.

Menerusi kenyataan bersama BN-PH, majlis itu akan dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Pakatan Harapan Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari.

Jelas kenyataan itu lagi, Penubuhan Majlis Perundingan tersebut adalah bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan di Pahang dengan keterlibatan kedua-dua parti.

May be an image of 12 people, people sitting, people standing and indoor

“Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Negeri Pahang pada malam tadi telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan di negeri ini dengan keterlibatan kedua-dua parti.

“Pertemuan bersejarah itu telah menyaksikan penubuhan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang yang akan dipengerusikan secara bersama oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang dan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Pengerusi Pakatan Harapan Pahang.

“Majlis ini akan menjadi platform perbincangan dan rundingan dasar ke arah menyelesaikan isu rakyat agar dapat menjamin keutuhan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang untuk sepenuh penggal.” kata kenyataan itu.

Selain itu, kedua-dua parti ini juga turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja secara bersama agar ia selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Semangat musyawarah ini diharapkan dapat mengetepikan perbezaan politik dan memfokuskan segala usaha demi kebaikan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.” ujar mereka.-SUARATV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat